Monday, October 25, 2010

Mercury - Hanya Keranamu

Album: Hanya Keranamu
Tahun: 1993


Setelah sekian lama kegelapan melanda
Mendung yang hitam kembali bercahya
Mewarna suasana

Haruskah ku meneruskan
Segala yang ku tinggalkan
Dapatkah diri ku mengharap pada mu

Setiakah hati mu
Menghamba kasih sayang mu
Setelah hidup mu hancur terbelenggu
Karam di lautan madu

Apa yang engkau pendamkan
Telahpun aku rasakan
Jadikan ingatan sebagai kenangan

( 1 )
Mampukah diri ku terdayakah aku
Menyintai mu menyayangi mu
Dengan sejujur ku

( 2 )
Bukalah hati mu
Pandanglah diri ku
Dapatkah engkau berkorban untuk ku
Dengan seikhlasnya

( 3 )
Terbukanya hati ku hanya kerana mu
Pedihnya rasa rindu hanyalah pada mu
Walau tidak ku tahu
Kemana arah ku bersama mu

( 4 )
Hulurkanlah tangan mu bersama cinta mu
Genggam erat tangan ku bersama kasih mu
Kan ku bawa diri mu ke mahligai rindu
Bersama ku....

( ♪ ♪ ♪ )

( ulang 1, 2, 3, 4 )

No comments:

Post a Comment