Tahun: 1991
( L ) Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
( P ) Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh tuhan...
( 1 )
( L ) Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
( P ) Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerana leka dengan kepalsuan
( 2 )
( L / P ) Tersesat kita dalam perjalanan
( L ) Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
( P ) Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
( ♪ ♪ ♪ )
( ulang 1, 2 )
( L / P ) Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia... Cinta...

No comments:
Post a Comment